Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us

Senin, 09 Agustus 2010

Mawaddah

Ini adalah motto sebuah kumpulan yang dianggotai oleh anak-anak muda remaja yang dinamakan Mawaddah. Asalnya, ia satu division dari Persatuan Pelajar Timur Tengah, yang diasaskan di Amman, Jordan. Pada Julai 2002, ia dilancarkan secara rasmi di Brunei Darussalam. Mawaddah menjalankan aktiviti nasyid, motivasi, kaunseling, teater, drama, deklamasi sajak, penerbitan video, video klip, buku, butik pakaian busana Muslim, kosmetik, restoran dsb di Malaysia, Brunei dan Indonesia.
Semua album nasyid Mawaddah boleh didapati di pasaran beberapa negara iaitu Brunei, Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Australia. Sehingga April 2003, penjualan album-album mereka yang terdiri dari Mawaddah Kecil, Mawaddah Putera dan Mawaddah Puteri telah dijual hampir 30 ribu unit
Kekuatan Mawaddah Puteri adalah pada kekuatan vokal penyanyi utamanya, Siti Fatimah Ashaari dan Khaulah Ashaari. Lagu-lagunya membawa mesej ketuhanan, yang menggandingkan 4 kekuatan utama, lirik & mesej, lagu, vokal dan penampilan.

Apabila ditanyakan kepada Fatimah, apakah cabaran dan ujian yang terpaksa ditempuh oleh kumpulan Mawaddah, beliau menjawab “Perkara yang paling susah sekali ialah untuk berhadapan dengan PUJIAN orang. Bagi kami, kejian orang bukan satu masalah, malah disitulah dapat menebalkan rasa kehambaan. Rasa hamba itulah yang mesti dibawa kemana-mana. Sebab itu pujian manusia lebih kami bimbang dari kejian orang. Sebagai penghibur, kita mestilah merasakan diri kita ini hanyalah alat untuk menyampaikan risalah Tuhan”
Rizal ( Mawaddah Putera) diajukan soalan – Mengapakah dipilih motto persatuan ini, Cintai Tuhan, Sayangi Manusia?
” Manusia sebagai khalifah adalah wakil Tuhan. Sebagai wakil Tuhan dan orang Tuhan ( Rijalullah), sudah tentu manusia itu akan mempromosikan dan memperjuangkan Tuhan. Tuhan telah sediakan kita dengan bakat dan watak masing-masing.Dengan anugerah dalam bidang seni ini, moga-moga ia menjadi amal soleh untuk kami, bukan mencari glamour dan keuntungan duniawi.
Untuk membawa masyarakat kepada Tuhan, seorang penghibur mesti menjadi model kepada masyarakat. Baik diri kita, baiklah masyarakat. Begitulah sebaliknya.
Seorang penasyid itu mestilah kemas ibadahnya serta kuat hubungan dengan Tuhan, barulah dia dapat lebih kenal dan cinta Allah serta membawa manusia lain kepada Allah , insyaAllah”

1 komentar:

Fuad Adhan Hasan mengatakan...

Masih teringat waktu nasyid Mawaddah go Internasional di Sekolah ku tercinta
Madrasah Aliyah Negeri 2 Model Makassar